Hari ke 3 (Part 2)
Riyadh - Jubail
Part ni kami tekankan bahawa ziarah itu juga 1 ibadah.
Kerana cuaca hujan di beberapa kawasan, perjalanan kami sedikit lewat tiba. Untuk pengembaraan ini kami telah singgah 4 kali isi minyak di petrol station dan 2 kali isi minyak tepi highway guna jerry can.
Kenapa alasan kami berkunjung ke Dammam dan Jubail?
- Dammam ni dah macam seperti port klang. Kami cuba cari jika ada sejarah yang dapat diperolehi dekat sini.
Namun kami tiba pada waktu puncak dan juga kesuntukan masa untuk berada lebih lama... Maka kami terpaksa melangkah pergi.
- Banyak lori dan treller keluar masuk. Menunjukkan kesibukkan disebuah bandar kota Dammam dan adab yang baik oleh warga kota Dammam. Bila kami berhenti tepi bahu kanan highway, lori dan treller akan cuba lari jauh sedikit dari kami. Nampaklah mereka berganjak ke kiri lagi. Dalam kota Dammam pun sama, bila wife hulur tangan minta laluan... Mereka buka jalan. Tak macam di Riyadh, mereka lebih mementingkan diri sendiri... Kita dh bagi signal dia dan hulur tangan lagi, dia nak juga jolok muncung kereta tak bagi laluan.
- Buat pertama kali kami ditahan di pintu checking point. Pegawai tu tahan dan mintak lesen. Saya mintak motor dialih ketepi dahulu kerana semua dokumen berada dalam top box. Saya dapat tunjukkan lesen IDP, kemudian dia mintak tengok iqamah pula. Saya selongkar dalam beg dokumen, ingat nak tunjuk visa je. Dan dalam masa tu lah pulak visa "tak jumpa" cari. Rasa memang ada dalam beg tapi nak kene selak selai-selai dokumen file tu. Akhirnya pegawai tu arahkan berhenti selongkar beg dan suruh kami teruskan perjalanan je. Alhamdulillah.
- Nak tahu kenapa bina sebuah mall berkonsep kapal bahtera? Adakah ianya ada kaitan dengan sejarah Nabi Nuh? Bagaimanapun info ini tidak diperolehi kerana kesukaran berkomunikasi dengan warga tempatan.
- Ramai warga Malaysia juga di Jubail. Terdapat komuniti KRMJ (Kelab Rakyat Msia Jubail) dan rakan biker iaitu Jubail HOG.
- Kesempatan menjalin silaturahim bersama mereka semua. Mereka gembira menerima kunjungan orang Malaysia yang jarang sangat datang situ. Syukur Alhamdulillah kesemua warga KRMJ dalam keadaan baik dan sihat.
- Apa yang menceriakan kami apabila dapat mengembirakan mereka dengan kunjungan kami. "Ukhwah tanpa sempadan". Bagaimana pun kami sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada warga Ar Jubail terutama Komuniti Rakyat Malaysia Jubail sudi menerima kunjungan kami. Berkongsi cerita pengembaraan, ilmu dan kebesaran Allah adalah salah 1 jalan dakwah kami juga.
Esok kami akan meneruskan lagi siri penjelajahan kami ke Hafar Al Batin yang berjarak 410km... InshaAllah.











No comments:
Post a Comment